WhatsApp Image 2024-05-22 at 08.05.41

Rahsia

Alam

Rahsia Alam adalah sebuah Syarikat yang mengurus, menanam dan memproses tanaman tanaman herba secara organik. Kami berkerjasama rapat dengan Institusi pengajian tersohor seperti Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia dalam Kajian Pokok Kunyit Hitam dalam teknologi penanaman,nilai khasiat, tisu kultur dan budidaya serta penggunaannya dalam bidang kesihatan dan kosmetik

Smartic

Daun

Sekentut

Apabila daun atau batang Daun pokok Sekentut hancur atau lebam, ianya mengeluarkan bau yang kuat dan bersifat sulfat. Baunya yang busuk seakan kentut inilah yang menyebabkan pokok ini diberi nama sebagai pokok Sekentut. Walaupun baunya kurang menyenangkan, ramai penduduk tempatan gemar menggunakan daunnya sebagai bahan dalam masakan. Bagi masyarakat Peranakan Baba Melaka pula, daun sekentut sering digunakan sebagai bahan di dalam nasi ulam bersama dengan ulam-ulaman yang lain. Walaubagaimanapun, tumbuhan ini adalah rumpai yang berbahaya dan dianggap sebagai spesies invasif di Florida. Ulat beluncas rama-rama Macroglossum sitiene memakan daun tumbuhan ini.

Smartic